Rakyat dari Kalimantan, Indonesia yang mahu mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia khususnya di Sarawak boleh mengemukakan permohonan kepada konsul Malaysia di Pontianak.
Bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat kemasukan dan hanya bagi pesakit yang mahu mendapatkan rawatan bagi penyakit kronik sahaja.